๐๐๐๐๐๐๐
SEKRETARIAT PESTA
ANGPAU UKM KE-23
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN 1 Malaysia 2017
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
BANGI, 5 Mac – Sekretariat
Pesta Ang Pow UKM ke-23 telah menganjurkan Majlis Persembahan Kebudayaan Satu
Malaysia bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis makan malam ini berkonsepkan makan
besar kaum Cina yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman budaya Tiong Hua
secara turun-temurun agar sentiasa diingati oleh generasi akan datang.
Tema yang dipilih adalah ‘Warisan Kebudayaan’
yang bermaksud generasi baru tetap akan mengekalkan kebudayaa etnik Cina pada
zaman teknologi yang berubah ini.
Majlis ini telah mendapat sambutan yang
menggalakkan sehingga dianggarkan hampir seribu orang telah memeriahkan majlis
terdiri daripada pihak luar, pelajar dan alumni UKM dan turut serta
pelajar-pelajar universiti lain.
Majlis telah dirasmikan oleh Senator Dato
Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dan juga Ketua Pemuda MCA.
“Saya berharap mahasiswa-mahasiswi boleh terus
menganjurkan aktiviti seperti ini untuk mengenali bangsa yang lain dan terus
meningkatkan semangat kepimpinan,” kata Dato Senator Chong Sin Woon.
Di dalam ucapan perasmian,
beliau juga berharap agar bekas pelajar UKM terus memberi sokongan terhadap
aktiviti seperti ini dan turut mengumumkan untuk menaja sebanyak RM10,000
kepada Sekretariat Pesta Ang Pow.
Wong Choon Yee selaku ketua pengarah
Sekretariat Pesta Ang Pow ke-23 dan juga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia
berkata beliau sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan
dalam menjayakan majlis.
Katanya, antara persembahan yang telah
diadakan adalah persembahan daripada artis jemputan, persembahan magik,
persembahan pentas musik yang bertema ‘Empat Jenis Makanan‘.
Beliau juga telah mengambil inisiatif pada
kali ini dengan melakukan sesuatu unsur yang baru iaitu persembahan pentas
muzik supaya para hadirin lebih memahami tema majlis berdasarkan persembahan
ini.
Kesimpulannya, sebagai salah satu exco bagi aktiviti, saya rasa amat bangga kereana segala proses aktiviti adalah kita menjalankan dan merancang tanpa campur tangan orang luar. Akhir sekali, saya nak berterima kasih kepada ahli-ahli saya yang banyak menyumbang masa dan tenaga semasa program ini masih berada dalam proses persediaan.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
✿❀❀❁✿❀❁✿❁❁✿❀❀❁✿❀❁✿❁❁✿❀❀❁✿❀❁✿❁❁✿❀❀❁✿❀❁✿❁❁✿❀❀
AKHIR SEKALI, MARILAH MENDENGAR LAGU INI BERSAMA-SAMA YANG MENERANGKAN BAHAWA KITA ADALAH SAMA, KITA ADALAH SATU KUMPULAN TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG, KAUM, AGAMA DAN SEBAGAINYA.
✿❀❀❁✿❀❁❀❁✿❀❁✿❁❁✿❀❀❁✿❀❁✿❁❁✿❀❀❁✿❀❁✿❁❁✿❀❀














0 ่ฏ่ฎบ:
ๅ่กจ่ฏ่ฎบ