2017/04/03

Malam Kebudayaan 1 Malaysia Kelab Kebudayaan Tiong Hua KPZ

 Malam Kebudayaan 1 Malaysia
Kelab Kebudayaan Tiong Hua KPZ
 
国大毅华文化之夜

Malam kebudayaan 1 Malaysia Kelab Kebudayaan Tiong Hua Kpz telah diadakan pada hari 12 mac 2017
 

Tujuan malam kebudayaan ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada kaum lain untuk mengetahui kebudayaan unik masing-masing. Dengan Cara ini, maka hubungan antara kaum akan menjadi lebih erat tanpa ada batasan.
 
Misalnya, Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu perayaan utama yang disambut luasnya oleh orang Melayu yang beragama Islam atau Muslim di Malaysia. Kaum Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji, atau dikenali hari Raya Korban. Sebelum menyambut perayaan ini, mereka perlu berpuasa selama sebulan atau 30 hari. Kaum Melayu mula berpuasa pada bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan ( Syawal).

Dalam bulan Ramadan, kau Melayu perlu bangun awal pagi untuk bersembayang dan makan Sahur. Tujuan berpuasa adalah untuk membolehkan semua ksum Muslim sentiasa tabah dan bersyukur atas kelaparan, kehausan dan keletihan yang dirasai agar sentiasa berkasih sayang kepada orang yang lebih miskin dan malang.

Malam kebudayaan 1 Malaysia Kelab Kebudayaan TiongHua Kpz telah diadakan pada hari 12 Mac 2017 bertempat Dam. hehe!!!
 
Untuk menonton satu drama yang sempurna, saya bersama rakan saya datang awal ke Dam dengan tujuan untuk mendapat tempat duduk yang depa ^_^..Sebelum memasukan ke dalam Dam, saya telah membungkus Char Kuey Teow. Char Kuey Teow ini sangat sedap sehingga saya ingin mencuba sekali !!
 


Setelah menghabiskan makan malam saya, saya pergi tempat pameran. Pameran dihiaskan dengan bunga-bunga dan juga mempunyai mememarkan maklumat berkaitan kebudayaan setiap kaum.  

Seterusnya, saya memilih tempat yang agak depan..hehe…kerana saya nak tonton drama yang disediakan oleh exco malam kebudayaan secara teliti. Drama ini adalah berkaitan bagaimana jarak setiap kaum haruslah tidak terhad dari segi pendidikan, perkahwinan serta haruslah tabah dalam mempertahankan keinginan diri.
 
Dalam Drama ini, watak utama lelaki telah jatuh cinta kepada seorang gadis Melayu yang memiliki sebuah hati yang baik. Malah, keluarga lelaki tersebut agak bantah terhadap perkahwinan mereka sehingga bapa lelaki tersebut menyatakan jika dia berkahwin dengan gadis Melayu, dia akan halau dia keluar dari keluarga mereka dan dia akan menganggap anaknya telah mati.
 
Tetapi, Watak utama lelaki tidak mematuhi arahan bapa dia, dan dia masih bertegas untuk berkahwin dengan gadis Melayu. Akhirnya, hubungan Watak utama lelaki dengan bapa dia telah berpecah. Tetapi, watak utama perempuan-gadis Melayu telah menyelamatkan hubungan mereka dengan hati yang baik.
 
Gadis Melayu tersebut telah menyelamatkan nyawa bapa dia. Walaupun mula-mula, bapa lelaki amat menolak bantuan dia, tetapi gadis Melayu masih menggunakan hati yang taat dan hati dalam memberi bantuan kepada bapa lelaki. Akhirnya, bapa lelaki menerima gadis Melayu sebagai menantu dia dan hubungan dia dengan anaknya juga diperbaiki.
 
Pengajaran yang terdapat dalam drama ini adalah untuk memberitahu walaupun sesuatu perkara nampak tidak mungkin berlaku, malah kita haruslah hati sepenuhnya untuk menjadi perkara ini menjadi benar.
 
JANGAN PUTUS ASAS SEMATA-MATA TANPA CUBA BERSUNGGUH-SUNGGUH
 
Auoh…sudah sampai masa untuk tidur. terima kasih kerana sering melawat blog saya. terima kasih atas sokongan….. okay!! jumpa lain kali. ^_^

0 评论:

发表评论

Powered By Blogger

Translate