2017/03/27

Pesta Angpau AT KUO



Pada 16 March, Kolej Ungku Omar telah mengadakan Pesta Angpau yang kali pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia .


Tempat untuk menjalankan aktiviti ini adalah di Dewan Anwar Mahmud (DAM). Walaupun ini merupakan kali pertama mahasiswa/mahasiswi daripada Kolej Ungku Omar mengadakan Pesta Angpau, tetapi persembahan yang disediakan adalah sangat menarik.


JJJJJOM, JIKA NAK TAHU APA PERSEMBAHAN YANG MENARIK, SILA IKUT MEMBACA ^_^


Sebelum memasukan dalam aktiviti ini, mestilah saya meninggalkan tandatangan saya yang cantik dalam papan tandatangan sebagai bukti bahawa saya pernah menyertai secara aktif dalam aktiviti ini. 
                                          
                                                                                                                                
 PLEASE REMEMBER TO ENJOY YOURSELF IN THIS MOMENT !!!!!



           MARILAH BERSAM-SAMA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DI KUO



Seterusnya adalah Majlis perasmian. Majlis Perasmian dirasmikan oleh wakil daripada pihak universiti bersama wakil daripada pihak MCA. Terdapat dua tarian singa bersama perasmi untuk merasmikan majlis ini. Suasana ini menjadi meriah ketika kemunculan dua tarian Singa. 


----oooO----
----(---)----
-----\--(--
------\_)

SETERUSNYA ->

PERSEMBAHAN WUSYU 


WUSHYU merupakan satu bentuk seni mempertahankan diri kontemporari yang menggabungkan
elemen persembahan bersama beberapa teknik bela diri. Pelbagai elemen ditekankan dalam proses menguasai wusyu termasuk kepantasan, ketahanan dan ketenangan.Wushu dipelajari hampir di semua negara. Selain itu, ia turut menjadi satu bentuk sukan yang dipertandingkan di temasya-temasya besar seperti sukan Asia dan kejohanan antarabangsa yang mana dianjurkan setiap tahun.




PERSEMBAHAN DIABoLo

Diabolo dikenali sebagai Permainan Yo-yo China. Permainan Yoyo-yoyo Cina adalah satu jenis mainan dari China yang terdiri daripada dua cakera yang sama saiz disambungkan dengan gandar yang panjang. Satu gerakan seli mengangkat dan menjatuhkan dengan menggunakan dua batang, setiap satu yang dipegang dalam satu tangan, membolehkan yo-yo berputar pada tali yang diikat di antara batang kayu.



PERSEMBAHAN 24 DRUM 
Gendang 24 musim diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988. Ensemble ini terdiri daripada 24 buah gendang besar yang diimport atau dibeli dari negara China. Ensemble ini dinamakan Gendang 24 Musim kerana setiap gendang besar ini dinamakan berasaskan satu musim pertanian di negara China. Nama musim itu ditulis pada gendang dengan kaligrafi Cina. Dalam kalendar Cina, setiap musim besar
(musim bunga, musim panas, musim gugur dan musim dingin) dibahagikan kepada 6 musim kecil. 


YYYYYYYYYAAAHHHHHHHHOOOOOOOOOOO!!!!!!!!


Penatnya, menyertai aktiviti ini.Tetapi, ini agak seronok kerana ia bukan sahaja boleh menonton persembahan yang menarik, menghidap makanan yang sedap seperti burger China, Chao kuew tiao, malah masih ada cabutan bertuah. Seronoknya!!!!
















































0 评论:

发表评论

Powered By Blogger

Translate