PROGRAM COCA COLA VIA KPDNNK KOMUNITI USAHAWAN >,<
Pada
13 May 2017, satu program yang besar telah dianjurkan di Kolej Keris Mas.
Program ini bertema Coco Cola via KPDNNK Komuniti Usahawan telah dianjurkan
secara berlangsung di Dewan Besar Kolej keris Mas. Program ini dibahagikan
secara 2 sesi. Sesi pertama diadakan di Dewan Besar, Kolej Keris manakala sesi
kedua adalah diadakan di Bilik konvensyen.
Semua pelajar yang mengambil citras kolej diwajibkan untuk menghadiri
program ini dengan berpakaian baju kolej. Selain itu, banyak pengunjung dari
luar kolej juga melibatkan diri dalam program ini dan jumlah peserta hampir
mencapai 1000 orang. Tambahan pula, wakil- wakil dari CESMED, Coca Cola via
KPNNK juga turut bersama dengan pelajar sepanjang hari.
Dalam program ini, terdapat
beberapa konsep dan modul yang telah
dipelajari oleh semua peserta pada hari
tersebut. Salah satu konsep yang telah disampaikan oleh pihak Coca Cola ialah ‘5by20’. Konsep
5by20 merupakan satu matlamat kepada syarikat Coca Cola.
Tujuan konsep 5by20 dilaksanakan adalah untuk membangunkan komuniti usahawan
wanita seramai 5 juta menjelang 2020. Pendekatan ini merupakan salah satu
pencapaian kepada wanita kerana hak yang dinikmati oleh mereka adalah sama rata
dengan lelaki.
Wanita
merupakan tiang yang penting dalam menyumbang sokongan kepada ekonomi Negara.
Oleh itu, syarikat Coca Cola ingin memperkasa peranan wanita
dalam membangunkan ekonomi negara. Untuk membangunkan sumbangan dam peranan
dalam golongan wanita, Syarikat Coca Cola juga telah menyediakan
sebuah platform kepada wanita yang perlu untuk mendorong mereka melibatkan diri
dalam membangunkan pasaran.
Seterusnya,
4 modul telah diajar oleh Puan. Huda yang merupakan salah satu fasilitator dari
syarikat Coca Cola. Antara 4 modul yang diterangkan dan
dijelaskan oleh Puan Huda adalah pelan perniagaan, aliran tunai dan kredit,
kualiti dan perkhidmatan serta mengukur kejayaan anda. Pada modul pertama, Puan
Huda telah menceritakan kepentingan pelan perniagaan yang rasmi. Untuk
bertambah kefahaman mahasiswi dan mahasiswa, beliau telah memberi contoh yang
berkait diri sendiri di mana beliau telah rugi sebanyak 3 ribu $SD atas
bersikap sesuka hati dalam membuat pelan perniagaan.
Modul 2 adalah berkaitan dengan aliran tunai.
Dalam bahagian aliran tunai Puan. Huda juga menerangkan cara pengaturan tunai
berjalan. Seterusnya. dalam modul kualiti dan perkhidmatan, Puan. Huda telah
banyak menggunakan contoh bagaimana produk boleh menarik perhatian pelanggan.
Antara contoh yang diberi ialah gimnasium harus mengupah pekerja yang
bersesuaian untuk mematuhi polisi dan mesej yang ingin disampai. Akhirnya
sekali, pada modul mengukur kejayaan, kejayaan tersebut merupakan subjektif
kepada individu dan pengukuran kejayaan harus dilaksanakan dari semasa ke
semasa untuk memastikan arah tuju tidak terpesong.
Program
pada hari tersebut bermula pada 8 pagi dengan bersarapan. Peserta diminta
berkumpul di dewan besar KKM pada jam 8:45a.m.. Pada pukul 9.30 pagi, Puan.
Nurul Huda Halim, wakil Coca Cola dan Pengetua Kolej Keris Mas,
Prof. Madya Dato' Dr. Muhammad bin Hussin telah bersama-sama merasmikan majlis
dan ia diikuti dengan tarian kebudayaan yang menarik. Seterusnya, para peserta
diminta untuk bergerak ke bilik konvensyen bagi perbincangan hari tersebut.
Makan tengah hari adalah bermula dari pukul 1 petang sehingga 2.30 petang.
Program diteruskan dengan 2 modul dan diakhiri pada pukul 4.30 petang.
.
Gambar ini
menunjukkan Puan Huda sedang menerangkan modul 4 kepada mahasiswi/ mahasiswa.
Pandangan selepas menyertai Program
Pada
Dengan menyertai program ini, saya dapat mengetahui tentang ilmu pengetahuan
yang baharu dan dapat belajar keusahawanan secara praktikal melalui kursus ini
kerana ia melibatkan banyak contoh yang saya dapat kaitan dengan diri sendiri
saya. Tambahan pula, saya juga mengetahui ciri-ciri yang patut ada pada
seseorang keusahawanan seperti ciri perhatian kepada masyarakat. Sebagai seorang usahawan yang berjaya,
seseorang tersebut tidak seharusnya mementingkan keuntungan diri dan syarikat,
maka juga haruslah menyumbang bantuan kepada masyarakat misalnya memberi
bantuan kepada golongan bawahan agar mereka tidak berasa tersisih.
Gambar ini menunjukkan cara menganalisis situasi Syarikat
Dengan
melibatkan diri dalam program ini, saya juga dapat mengetahui konsep 5by20.
Tujuan konsep 5by20 dijalankan adalah untuk
menekankan peranan wanita dalam masyarakat. Sebagai seorang wanita, kita
haruslah berani mencabar diri dengan melibatkan diri dalam masyarakat kerana
setiap orang adalah memainkan peranan yang penting terhadap negara dan tidak
seharusnya berasa ketakutan.
Sebenarnya, Program yang saya sertai ini adalah amat
bermakna dan berbeza dengan program keusahawanan lain yang saya pernah
menyertai seperti Program“ Shine You Way” . Program
keusahawanan ini adalah melibatkan KPDNKK iaitu sebuah kementerian yang betul
di Malaysia. Tambahan pula, wakil- wakil dari CESMED, Coca Cola via KPNNK juga
turut bersama dengan pelajar sepanjang hari.
Melalui KPDNKK dan SSM, saya dapat mengetahui
sedikit pengetahuan yang berkaitan dengan prosedur untuk memohon penubuhan
sebuah syarikat di bawah peruntukan undang-undang. Tambahan pula, saya juga
mengetahui strategik-strategik dalam mengendali dan menguruskan sebuah
perniagaan.
Sebagai
seorang usahawan yang berjaya, seseorang haruslah mempunyai strategik yang baik
dalam menguruskan perniagaan sesebuah syarikat dan berusaha dalam mengatasi
masalah dalaman seperti masalah bahagian pengeluaran dan juga masalah luaran
seperti kedaulatan sesebuah negara. Misalnya, sekiranya berlaku sebarang
masalah dalam sesebuah syarikat, masalah ini bukan sahaja boleh mempengaruhi
keuntungan sesebuah syarikat, maka ia juga akan mempengaruhi kebajikan pekerja.
Saya
berasa gembira kerana mendapat peluang dalam menyertai program ini. Saya
berharap Kolej Keris Mas dapat mengadakan banyak program semacam program ini,
kerana program ini bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan yang baharu kepada
mahasiswa/ mahasiswi maka ia juga memimpin mahasiswa/ mahasiswi untuk menjadi
seorang usahawan yang berjaya di negara.













0 评论:
发表评论